Monday 22 December 2014

SALAM PERKENALAN

             

             Salam perkenalan dari saya Diyana Karimah Binti Zainol. Saya berasal dari Kedah dan seorang surirumah sepenuh masa. Saya mempunyai empat orang cahayamata.
           Berazam untuk mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang yang mendorong saya menulis blog ini. Diharap dalam penghasilan di blog ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada yang membaca kelak.
             Baru melahirkan cahayamata yang ke empat pada jun yang lalu benar-benar membuatkan saya bersyukur dan tidak menyesal memilih untuk tidak bekerja.
             Berkahwin di usia yang muda atas permintaan arwah ayah tidak menyebabkan saya terkilan kerana tidak mempunyai kerjaya yang diimpikan malah saya bersyukur di atas segala yang ditentukan oleh-NYA. Memiliki keluarga yang sederhana dan melihat anak-anak membesar dihadapan mata adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh-NYA.
             Walaupun saya merupakan seorang surirumah tangga itu tidak menghalang saya untuk mencapai cita-cita saya memiliki perniagaan sendiri. Saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dirumah dan berharap dapat membesarkan lagi perniagaan saya ini.
           

No comments:

Post a Comment