Thursday 1 January 2015

Selamat Tinggal 2014



2014 tahun yang banyak berlaku perkara dan peristiwa yang menyayat hati kita. Mengajar kita erti kasih sayang,mengasihani,simpati dan perpaduan diantara semua bangsa dan agama.

Dari kehilangan MH370 sehingga MH17 dan yang terbaru pesawat AirAsia QZ8501. Dari peristiwa ini kita dapat belajar menghargai dan menyayangi insan-insan yang terdekat dan rapat dengan kita kerana dalam sekelip mata sahaja mereka boleh pergi meninggalkan kita. Kejadian ini mengajar kita agar hargai lah kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin. Andai terjadi perselisihan faham dan perbezaan pendapat,hindari lah pertelingkahan dan carilah satu penyelesaian yang terbaik untuk semua.

Kemarau yang panjang dan beberapa negeri yang terjejas dan dicatu air. Kita belajar untuk berjimat dan menggunakan air dengan cermat. Kita juga belajar nikmat air dan erti bersyukur.

Banjir besar yang terjadi baru-baru ini pula dapat menyatukan kita untuk sama-sama berkumpul tenaga dan membantu rakan dan sedara yang terlibat dalam bencana ini. Bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa yang terlibat,cuba membantu dari segi apa yang terdaya,malah menyatukan kita tanpa mengira bangsa dan agama.

Kenapa kita diuji oleh ALLAH dengan sebegini rupa. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada peringatan dari-NYA untuk kita. Apa-apa yang terjadi tidak akan terjadi tanpa dari kekuasaan-NYA. Kita sebagai hamba ambillah iktibar dan panduan untuk diri kita.

Semoga kedatangan tahun 2015 akan membawa sinar yang baru kepada kita semua. Kepada mangsa-mangsa banjir diharap tabah dan sabar dengan apa yang berlaku. kepada semua ahli keluarga nahas pesawat kami ucapkan takziah kepada semua. 

Diharap tahun ini kita akan beroleh apa yang diimpikan. Menjadi insan yang lebih baik dan menjadi hamba yang taat dan solehkepada-NYA.

*Selamat Tinggal 2014,banyak yang aku pelajari sepanjang bersamamu*



----SELAMAT DATANG----


No comments:

Post a Comment