Monday 12 January 2015

TIP BIBIR KEMERAHAN



Antara petua yang boleh menjadikan bibir kemerah-merahan.
Bibir juga mempengaruhi penampilan wajah kita,bibir yang kusam akan menyebabkan kita tidak berkeyakinan dan berasa penampilan tidak sempurna.

Mengapa bibir boleh menjadi kusam atau menjadi hitam walaupun anda tidak merokok? Ini disebabkan beberapa faktor antaranya hormon estrogen yang semakin lemah akibat usia yang meningkat. Hormon estrogen berfungsi dalam proses pemulihan dan menggantikan kulit. Antara lain mungkin akibat pengambilan minuman kopi berlebihan,bahan kimia,penggunaan lipstik dan sebagainya.Tapi anda jangan bimbang kerana terdapat beberapa cara yang dapat memerahkan bibir anda semula secara semulajai. Antaranya:

LIMAU NIPIS
  • Limau nipis - anda perlu campurkan air perahan limau nipis dengan 2 sudu makan air mendidih dan juga 2 sudu makan madu. Kacau hingga sebati dan gosokkan pada bibir. tunggu antara 10-15 minit lalu bilas dengan air suam.
MADU

  • madu - selain dapat melembapkan bibir, apabila dilakukan berterusan akan dapat memerahkan bibir. ini kerana kandungan madu itu sendiri dapat membantu regenerasi kulit hingga kulit nampak sihat dan cerah. Caranya sapukan sahaja madu tersebut di bibir anda.
MINYAK ALMOND
  • minyak almond- mengandungi lemak tak tepu dan proteinyang tinggi yang dapat melembapkan dan memerahkan bibir. Caranya sebelum tidur gosok bibir secara perlahan dengan minyak almond. Lakukan secara berterusan sehingga bibir menjadi merah dan segar.
KUNYIT
  • Kunyit - selain dijadikan sebagai rempah ratus didapur dan penyedap rasa sesuatu masakan,ianya juga bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini disebabkan kunyit dapat menstabilkan melanin sehingga dapat memutihkan dan mencerahkan kulit. Caranya dengan mencampuekan serbuk kunyit dengan setengah sudu makan krim susu atau madu,kemudian sapu dan gosokkan secara perlahan pada bibir.Biarkan beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih.
AIR MAWAR
  • Air Mawar - bunga mawar mempunyai rupa yang cantik dan indah,malahan bukan itu sahaja bunga mawar juga mempunyai wangian yang semerbak. Kelebihan air mawar ialah mengandungi zat pembersih hingga dapat membersihkankotoranyang melekat akibat debu atau kosmetik di kulit. Jika ingin bibir anda merah secara semulajadi ,amalkan membersihkan bibir dengan air mawar sebelum tidur.

Walau apa pun kaedah yang ingin kita gunakan,ianya haruslah dijadikan rutin setiap hari bagi mengekalkan bibir yang kemerahan dan lembap seperti yang di idamkan.


=============================================================


LIPSTIK COLLAGEN MELEMBAPKAN DAN MENYERIKAN BIBIR YANG KUSAM

 
BERMINAT BOLEH SMS @ WHATSAPP KE
010-2316406

No comments:

Post a Comment